Friday, June 22, 2012

Emas Price.

3 Days Price.



60 Days Price.


Mari Simpan Emas...

Salam. Emas untuk dijual. 


Rantai Leher Gred 999 - 31.19g

Rantai Tangan Gred 999 - 19.49g

Gold Bar 10g - Serial No. 103730

Gold bar 1g - Serial No. 006653

Gold bar 1g - Serial No. 006654

Gold bar 1g - Serial No. 006655

Gold bar 1g - Serial No. 006656

Gold bar 1g - Serial No. 006657

Gold bar 1g - Serial No. 006658 
     
Rantai leher gred 999. Berat bersih 20.13g.

Silver Bar 10g.

Rantai tangan gred 999. Berat bersih 10.26g. Current price RM186.85/gram. Total RM1917.00.
SOLD on 22-Jun-2012


Gold bar 1g - Serial No. 006157
Sold on 14-Jul-2012

Gold bar 1g - Serial No. 006158
Sold on 14-Jul-2012

Gold bar 1g - Serial No. 006159
Sold on 14-Jul-2012


Gold bar gred 999.9. Serial No 005470. Berat bersih 1g. Current price RM201. 
SOLD on 22-Jun-2012

Gold bar gred 999.9. Serial No 005469. Berat bersih 1g. Current price RM201. 
SOLD on 22-Jun-2012

Untuk keterangan lanjut, sila lawat website utama GCP di www.gcp.com.my. Terima kasih.

Keratan Akhbar.














Monday, June 11, 2012

Ar-Rahnu Bank Muamalat.


* Petikan dari web jiran.

Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012

• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.

• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja! 


• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!

• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!

- by Carl Samsudin (Monetary System Specialist)

Saturday, June 9, 2012

Salam perkenalan...

5 Jun 2012.
Assalamualaikum. Hari ini saya mula mencuba perniagaan emas. Ini kerana  perniagaan emas adalah diantara perniagaan yang tiada risiko. Pembelian emas yg dijadikan stok masih lagi sebuah aset yang berharga dan mudah dicairkan kembali. Saya menggunakan medium Goldcrest Pavillion Sdn Bhd bagi merealisasikan perniagaan emas ini.

Seperti biasa, gred emas 999 dan 916 adalah antara yang terunggul di Malaysia. Oleh yang demikian, GCP lebih menumpukan penjualan terhadap 2 gred emas ini sahaja. Anda boleh melayari laman sesawang www.gcp.com.my bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Terdapat 4 bentuk emas dari GCP ini. Bentuk jongkong, dinar, rantai leher (RL) dan rantai tangan (RT). Harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga emas di kedai-kedai emas sekitar. Sebagai contoh, pada hari ini 5 Jun 2012, harga emas 916 di kedai emas sekitar Kajang adalah rm185/gram manakala harga di GCP cuma RM169/gram.

Anda tidak perlu bimbang untuk membeli emas. Anggap sahaja ianya sebagai simpanan tunai anda. Tetapi dengan nilai tersendiri dan sentiasa meningkat. Sekiranya anda memerlukan wang, anda tidak perlu menjualnya. Tetapi anda boleh menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu yang terdapat dikebanyakkan bank-bank di Malaysia seperti Bank Rakyat, Bank Agro dan terkini Bank Muamalat. Dengan pinjaman setinggi 75% dari harga emas semasa dan upah simpan yang rendah, anda seharusnya tidak lagi khuatir.

 Lihat sahaja harga emas dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Pada tahun 2005, harganya cuma sekitar RM53/grams, tetapi pada tahun 2012, harganya didalam lingkungan RM166/gram. Ini adalah peningkatan melebihi 200% dalam jangkamasa hanya 5 tahun.


Sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi di talian +60193525592. Selamat melabur!!!


Harga terkini emas GCP:
       

Wednesday, June 6, 2012

Percaturan Shamsul menjadi...


Disiarkan pada Ahad 27 Mei 2012
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my

MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.

TIGA tahun lalu, dia pernah berputih mata apabila jongkong emas dibelinya ‘bertukar’ menjadi jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.
Malah, ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit orang ramai.

PERIKSA...pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.

Walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran menghadapi dugaan ditipu selain dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali, 34, 
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.

Dengan modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya bergelar antara jutawan Bumiputera.

Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan sedangkan pendidikan tertinggi diterimanya melayakkan dia memegang status guru, Shamsul Anuar yang lebih mesra dipanggil Shamsul berkata, segala-galanya bermula pada 2005 apabila dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari duit lebih.

“Gaji diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.

“Jadi, saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.

“Selain tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.

Dalam tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran makanan sendiri pada 2006.

Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.

“Sebenarnya sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.

“Untung memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.

Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.

“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.

“Selama setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi nelayan.

“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya.

“Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.

BANGGA...Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.

“Akhirnya, saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.

“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.

Namun, Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.

“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya.

“Namun kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.

Ternyata percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.

Keuntungan diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.

Menurut Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal selama-lamanya.

Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.

“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.

“Ini kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.

Shamsul berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.

Kerana itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata wang sesebuah negara.

Bagaimanapun, bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung
kepada duit sebagai aset simpanan.

“Ini yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.

“Masyarakat lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.

Shamsul berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan
emas.

“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.

“Emas adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.

“Kami mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.

Menjelaskan potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.